April 01, 2021 Ganthimathi A/P Selvaraj
Hari ini saya telah menghasilkan satu mini studio fotografi yang ringkas dan mudah dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah. Berikut merupakan proses saya menghasilkan mini studio ini.
Bahan-bahan pembentukan mini studio Fotografi :
1. KOTAK
2. LAMPU SULUH
3. KERTAS A4
4. GAM
5. CUTTER
Proses menghasilkan mini studio fotografi:
Langkah pertama ialah saya telah menyediakan satu kotak yang bersaiz medium. Kemudian, saya telah menampalkan kertas A4 ke dalam kotak supaya membentukkan suasana studio. Setelah itu, saya telah memilih permukaan atas kotak bagi melukiskan bulat berdasarkan saiz touch light. Saya telah memotong bulatan itu ikut saiz dan meletakkan lampu suluh ke atas lubang. Bukan itu sahaja, saya juga meletakkan lagi 2 lampu suluh dari sudut kotak tersebut supaya memberikan cahaya yang mencukupi. Saya juga menutupkan bahagian depan lampu suluh dengan kepingan kertas supaya mengurangkan cahaya yang terlalu banyak. Selepas itu, saya telah menjalankan proses penggambaran dengan alat- alat yang telah disediakan.