GANTHIMATHI SELVARAJ

GANTHIMATHI  SELVARAJ
Unit: S5
Major: Bahasa Tamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 80D
Lens : EFS 10 -18mm

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Saya merupakan pelajar dari IPG Kampus Ipoh yang mempelajari kursus FTGK3013.

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI

Hari ini saya telah membuat amali mengambil gambar-gambar produk dengan menggunakan mini studio fotografi yang telah dibina.   Saya telah me...

JENIS - JENIS KAMERA DIGITAL

Jenis-Jenis Kamera Digital

1. Compact Camera (Kamera Saku)

Compact camera adalah bersaiz kecil dan mempunyai fungsi yang sama. Namun, kamera ini hanya lensa tetap (fixed lens) dimana lensanya tidak boleh ditukar dengan lensa yang lain. Kamera ini kekurangan view finder. dan jarak perbesaran adalah terbantas.


2. Bridge Camera (Prosumer)

Bridge camera adalah satu camera yang mempunyai lensa tetap (fixed lens) tetapi dalam saiz yang lebih besar. Dengan kata lain, ia mempunyai julat zoom yang besar dan banyak kawalan manual. Kamera ini mempunyai view finder dan lebih ringan daripada DSLR. Kamera ini adalah serba boleh. Kamera ini sesuai untuk permulaan atau orang yang tidak mahu berfikir tentang lensa.


3. Kamera Mirrorless
Kamera mirrorless ini tidak menggunakan cermin. Disebabkan tiada keberadan cermin, ukuran kamera ini menjadi lebih kecil dan ringkas daripada DSLR tetapi kemampuannya setara dengan DLSR level middle-end. Kelebihannya adalah lensanya boleh dilepas seperti DSLR sehingga menyesuaikan dengan ketubuhan semasa mengambil gambar.


4. Kamera Aksi (Action Camera)
Kamera ini sangat disukai oleh orang muda dewasa untuk mengambil gambar atau merakam video sukan lasak atau vlogger. Kamera ini biasa banyak digunakan untuk merakam video berbanding dengan mengambil gambar. Kamera ini dapat dipasang pada kenderaan atau tepi keselamatan kerana bentuknya lebih kecil daripada kamera saku. Kamera ini boleh menghasilkan videa 1080p pada kelajuan 30 bingkai sesaat (fps) atau 720p pada 60 fps. Dengan kata lain, kualiti gambar yang dihasilkan beradda pada kelas High Definition (HD) yang tajam. Kamera ini juga mempunyai ciri penstabilan imej (image stabilization) dimana gambar yang dihasilkan hampir tanpa gementar walaupun dipasang pada kenderaan yang bergerak pantas.


5. Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR)
Kamera DSLR merupakan kamera tahap professional dari semua jenis kamera digital. Kamera DSLR mempunyai banyak ciri berguna untuk menghasilkan gambar yang menarik. Kamera ini mempunyai optical view finder dan interchangeable lens. Image sensor kamera ini juga lebih besar dan mempunyai banyak butang kawalan manual. Kamera DLSR generasi terbaru bukan sahaja digunakan untuk mengambil gambar malah juga boleh digunakan sebagai kamera video dengan kualiti gambar kelas HD.


6. Kamera Video
Kamera video juga dikembangkan dari generasi sebelumnya pada era anolog sehingga kini.  Sebelumnya, ia dirakam dengan menggunakan kaset atau CD, namun kini semua rakaman telah disimpan dalam kad memori. Kamera ini hanya dapat digunakan untuk mengambil video atau bayangan yang bergerak. Ia tidak dapat mengambil gambar seperti DSLR. Kamera ini sangat membantu penyumbang televisyen semasa menghantar data daripada liputan mereka kerana dapat diedit secara langsung di komputer dan dihantar ke pejabat melalui internet. 


7. Kamera Medium Format
Kamera ini biasanya digunakan untuk komersial produk kerana ia dapat menghasilkan gambar yang sangat terperinci. Hal ini kerana kamera ini mempunyai kelebihan ketajaman perincian objek yang diambil.


8. Bontique Camera
Kamera ini tidak besar daripada kamera saku. Kamera ini mempunyai sensor fullframe yang melebihi kemampuan DSLR. Namun, kamera ini sangat mahal.

0 comments:

Post a Comment