FUNGSI KAMERA
v Lensa
Lensa
merupakan bahagian penting bagi kamera DSLR. Lensa terpisah daripada badan
kamera dan berperanan dalam mengambil gambar yang menarik. Semua gambar yang
diambil mesti melalui lensa terlebih dahulu. Jika terdapat sedikit kekotoran
pada lensa, maka ia akan menjejaskan kecantikan hasil gambar. Oleh sebab itu,
lensa harus sentiasa dijaga dan dibersihkan daripada pelbagai kotoran atau
jamur yang kerap muncul.
v Shutter Button
Shutter
button berada pada badan kamera. Shutter button berfungsi mengaktifkan rana
dalam badan kamera untuk mengambil gambar-gambar yang ingin diambil dengan
menggunakan jari telunjuk. Shutter button hanya berkaitan langsung dengan rana
dan tidak ada komponen atau alat pengatur yang lain.
v View Finder
View
finder digunakan untuk melihat objek yang ingin ditangkap gambar dan ia menjadi
bahagian yang penting semasa mengambil gambar. Terdapat alat pada view finder
untuk membuat fokus khusus dengan bermata minus atau plus (satu mata buka untuk
melihat view finder dan satu mata tutup).
v Aperture
Satu
bahagian dimana saiz bukannya boleh dilaras. Apabila saiz bukan aperture adalah
besar, maka makin banyak cahaya dapat masuk ke dalam kamera.
v LCD Display
Pada
bahagian belakang badan kamera DSLR, terdapat satu LCD display. LCD display ini
mempunyai banyak fungsi. Ia menjadi satu alat untuk menampilkan sistem kamera
seperti shutter speed, ISO, diafragma, white balance dan sebagainya. Hasil
gambar yang diambil juga menampil pada LCD display. Fungsi ini akan muncul
semasa shutter button ditekan. LCD display juga menjadi paparan untuk melihat
objek yang dirakamkan video.
v On / Off Switch
Tombol
ini berfungsi untuk menghidupkan dan mematikan kamera. Ia berada di atas badan
kamera dan adanya pada bahagian sama dengan shutter button atau mode dial.
Mereka hanya berada pada kedudukan yang berbeza, tetapi fungsi yang sama.
v Mode Dial
Mode
Dial adalah berbentuk bulut pada bahagian kamera DSLR. Fungsianya adalah
memberi perintah kepada kamera untuk menggunakan mod yang diingini atau
diperlukan. Terdapat mode Manual (M), auto (A atau P), mod AV dan TV. Setting
yang disediakan pada mode dial dapat membantu jurugambar mendapatkan gambar
yang sesuai semasa memotret.
v
Main Control Dial
Bentuk
dial ini serupa dengan mode dail. Sebahagian dial ini berada dalam badan
kamera. Bentuknya adalah bergerigi untuk memudahkan pilihan dengan menggunakan
jari tangan. Biasanya, eksposur atau diafragma diatur oleh main dial. Namun
begitu, menu lain juga menggunakan main dial seperti ISO atau white balance.
v Tombol Pelepas Lensa
(Lens Release)
Fungsi
tombol ini hanya sebagai pelepas lensa dari badan kamera. Jika tidak menekankan
tombol ini semasa melepaskan lensa, lensa dan badan kamera akan rosak. Posisi
tombol ini adalah di bahagian depan badan kamera dan tepat di tepo kedudukan
bagi lensa.
v Built-in Flash
Kamera
DLSR pada awalnya mempunyai flash terbina dalam kamera. Maka, untuk
mengaktifkan flash bawaan, perlu menggunakan banyak tombol. Jadi, flash ini
diletakkan di atas badan kamera. Ia membantu mengambil gambar dengan lebih
terang dengan keadaan objek yang kekurangan cahaya.
0 comments:
Post a Comment