GANTHIMATHI SELVARAJ

GANTHIMATHI  SELVARAJ
Unit: S5
Major: Bahasa Tamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 80D
Lens : EFS 10 -18mm

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Saya merupakan pelajar dari IPG Kampus Ipoh yang mempelajari kursus FTGK3013.

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI

Hari ini saya telah membuat amali mengambil gambar-gambar produk dengan menggunakan mini studio fotografi yang telah dibina.   Saya telah me...

KOMBINASI ISO, APERTURE DAN SHUTTER SPEED

  ISO

Fungsi: Mengawal sensitiviti sensor kamera terhadap cahaya.

ISO tinggi (ISO 800 ke atas): Lebih banyak noise pada gambar.

ISO rendah (ISO 800 ke bawah): Lebih kurang noise pada gambar.

Biasanya kita akan menggunakan ISO yang rendah untuk mengelakkan noise berlaku. Dalam keadaan yang terang, kita menggunakan ISO yang rendah seperti ISO 100.


Aperture

Fungsi: Mengawal saiz bukaan lensa.

Aperture tinggi (f/20): Latar hadapan dan latar belakang akan difokus.

Aperture rendah (f/1.8): Latar hadapan (objek) akan difokus dan latar belakang menjadi kabur.

Untuk mengambil sesuatu objek yang menjadi fokus, biasanya kita akan menggunakan aperture yang rendah. Untuk mengambil gambar landskap / pemandangan, kita akan menggunakan aperture yang ebh tinggi.


Shutter Speed

Fungsi: Mengawal kelajuan shutter terbuka untuk cahaya masuk.

High speed (1/125 ke atas): Membekukan pergerakan objek. Menggunakan masa yang singkat.

Low speed (1/125 ke bawah): Menghasilkan pergerakan objek yang blur / sedang bergerak. Menggunakan masa yang lama. Sangat memerlukan bantuan tripod.

Untuk mengambil gambar objek yang statik dalam keadaan yang bergerak, kita akan menggunakan high speed supaya objek yang bergerak dan diambil secara beku dalam gambar. Untuk mengambil gambar objek yang kelihatan sedang bergerak dalam gambar, kita akan menggunakan low speed kerana ia akan menghasilkan keadaan objek yang blur dalam gambar dimana ia menunjukkan objek tersebut sedang bergerak.


Contoh hasil yang akan diperolehi:



0 comments:

Post a Comment