GANTHIMATHI SELVARAJ

GANTHIMATHI  SELVARAJ
Unit: S5
Major: Bahasa Tamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 80D
Lens : EFS 10 -18mm

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Saya merupakan pelajar dari IPG Kampus Ipoh yang mempelajari kursus FTGK3013.

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI

Hari ini saya telah membuat amali mengambil gambar-gambar produk dengan menggunakan mini studio fotografi yang telah dibina.   Saya telah me...

JENIS - JENIS LENSA

Jenis - Jenis Lensa 

Lensa [ Kanta ]
o   Lensa memainkan peranan untuk menentukan kualiti dan sifat imej yang terdapat dalam penilik  
     pandangan.
o   Lensa mesti bersih dari debu dan kesan calar.
o   Penjagaan diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
o   Jenis-jenis Lensa :

    a)   Fish Eye Lens (8mm)

      - Lensa fish eye mempunyai 8mm dan sudut pandangan hampir 180 darjah. 
      - Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini.
      - Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. 
      - Lensa ini besar dan sukar dibawa serta sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter                untuk mengelakkan dari lensa tercalar (scratch). Namun, hasil gambar yang diambil kelihatan 
        menarik.

     b) Super Wide Angle Lens (16-24m
      
      - Super wide angle lens mempunyai jarak fokus kurang daripada 24mm (16-24mm).
      - Lensa ini biasanya digunakan untuk merakam gambar seni bina dan lanskap. 
      - Contohnya, jurugambar seni bina menggunakan lensa ini untuk mengambil bangunan tinggi                  dan jurugambar harta tanah menggunakan lensa ini untuk memotret bahagian dalam. 
      - Jurugambar lanskap menggunakan lensa ini untuk membesarkan ukuran relatif objek dengan                pemandangan yang luas di latar belakang.

     c)    Wide Angle Lensa
            - Merupakan lensa yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas.
            - Terbahagi kepada Super Wide.
            - Berikut ialah jenis Lensa Wide Angle : 16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm
            - Angka yang lebih kecil bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya.
            - Perlu diingatkan bahawa, sudut yang luas akan membawa kepada kesan lengkung.

       d)    Standard Lens
             - Lensa yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia.
             - Lensa ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret.
             - Contoh: 50mm, 55mm, 70mm

     c)    Telephoto Lens
              - Lensa yang memiliki sudut pandang yang sempit.
              - Sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
              - Lensa ini juga berperanan untuk crouping gambar.
              - Contoh : 135mm, 200mm, 300mm, 500mm, 1000mm

      d)     Micro Lens
           -Lensa yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro 
           atau close-up. Lensa ini memiliki angka.
           -Contoh: 55mm, 105mm, 200mm
          
      e)    Zoom Lens
            - Lensa yang menggabungkan beberapa ciri lensa yang tersenarai di atas. 
            - Ini bermakna dalam satu lensa terdapat dua atau tiga sudut lensa.
            - Contoh: 20mm-55mm, 70mm-135mm, 80mm-200mm


       f)   Super Telefoto Lens (300mm)

  - Lensa ini mempuyai lebih panjang dari 300mm.
            - Lensa ini digunakan untuk mengambil subjek yang muncul lebih dekat dengan kamera.
            - Contohnya, untuk mengambil gambar permainan bola sepak dari luar, kita boleh    
              menggunakan lensa ini untuk mengambl dengan aksi yang dekat.
  - Lensa ini juga membantu kita mengambil gambar dengan latar belakang yang kabur.
  - Jenis lensa ini biasanya digunakan untuk mengambil gambar sukan dan hidupan liar.


       g) Mirror Lens (600-1000mm)

- Mirror lens adalah teleskop padat. Lensa ini mempunyai panjang fokus 600-1000mm.
- Lensa kamera ii menggunakan kelompok elemen kaca yang diformulasikan untuk   
  mengumpulkan cahaya dan menghantar gambar yang difokuskan ke sensor kamera. 
- Kelebihan mirror lens ini adalah lebih murah kerana elemen kaca memerlukan lebih banyak         masa pengeluaran dan peralatan yang mahal untuk dihasilkan. 
- Reka bentuk lensa ini juga menjadi satu kelebihan dimana fail gambar yang dihasilkan oleh           mirror lens bebas penyimpangan kromatik dan luar paksi.
- Lensa ini sesuai digunakan untuk memotret pemandangan dan hidupan liar.


       h) Makro Lens

-Makro Lens AF adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat 
 seperti 5 inci dan sebagainya.  
-Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis-spesis serangga yang kecil,      bunga dan lain-lain gambar 'stay still photo' (gambar yang statik). Lensa ini juga mahal tetapi     menghasilkan gambar kecil dengan jelas.

0 comments:

Post a Comment