TEKNIK - TEKNIK FOTOGRAFI
2. TEKNIK MAKRO
Fotografi makro adalah fotografi jarak dekat yang ekstrem, biasanya dengan objek yang sangat kecil dan organisma hidup seperti serangga, di mana ukuran subjek dalam foto lebih besar daripada ukuran hidup.
3. TEKNIK LEVITASI
Teknik ini selalunya memberikan kesan unik dengan menampilkan suatu objek yang dinampak melayang di udara seolah-olah sedang melawan gravitasi. Untuk mendapatkan hasil gambar yang diinginkan maka harus memastikan kamera mempunyai kecepatan yang tinggi. Shutter speed yang bagus iaitu mampu menangkap gaya lompat adalah sekitar 1/200 – 1/1000. Kamera DSLR memiliki mode “sport”, maka aktifkan mode tersebut dan kamera akan secara auto mengatur kecepatan yang benar. Jika tidak dapat mencapai kecepatan yang cukup, maka harus menambah ISO atau membuka diafragma agar cahaya jatuh ke objek.
4. TEKNIK NIGHT PHOTOGRAPHY
Teknik ini banyak digunakan untuk menangkap gambar pemandangan pada waktu malam. Teknik ini juga dikenali sebagai bulb. Bulb merupakan salah satu teknik fotografi yang memperlihatkan hasil foto dari cahaya. Maksud dari hasil foto dari cahaya iaitu kita mengambil gambar suatu objek dengan cahaya objek sendiri. Untuk mengambil foto yang menggunakan teknik bulb, anda perlu merendahkan shutter speed iaitu tidak lebih daripada 3 detik supaya mendapat kesan pergerakan daripada objek yang difoto. Selepas itu, pengambilan gambar jenis ini perlu menggunakan diafragma yang kecil iaitu 11-12 untuk mendapatkan ruang tajam keseluruhan gambar lebih luas dan memungkinkan shutter speed lebih lambat. Selain daripada itu, gunakan ISO/ASA serendah mungkin.
5. TEKNIK SLOW SPEED
Teknik ini mengaplikasikan Shutter
Speed yang rendah. Hasil daripada teknik ini ialah mewujudkan kesan lembut dan
kabur. Teknik ini biasanya diguna semasa menangkap gambar air terjun atau
cahaya pada sesuatu tempat.
6. TEKNIK BOKEH
Bokeh adalah suatu teknik fotografi yang background akan terlihat lebih blur dan ada suatu objek yang telah difokuskan. Bokeh berasal dari lensa bukaan dari kamera. Oleh kerana itu, hal terpenting yang harus dilakukan adalah setting aperture lensa anda pada bukaan yang besar. Anda bisa melakukannya dengan menggunakan mode Aperture Priority dan mengubah f kedalam nilai terkecil.
0 comments:
Post a Comment