PANNING ( SHUTTER SPEED)
Panning
Panning adalah satu teknik untuk membolehkan subjek dalam gambar aksi yang kelihatan beku, kekurangan drama dan kecepata yang ada pada waktu itu. Panning menggunakan shutter speed yang lebih perlahan digabungkan dengan gerakan kamera yang mengikuti pada kelajuan yang sama dengan subjek. Panning yang berjaya akan menunjukkan subjek tajam sementara latar belakang kabur.
Cara untuk mengambil panning yang baik
1. Tetapkan dail mod pada kamera ke Shutter priority mode (TV). Hal ini membolehkan kita mengawal kelajuan shutter dengan baik.
2. Pilih shutter speed yang perlahan. Mulakan dengan 1/60s terlebih dahulu untuk mencuba kesannya. Cuba 1/30s atau lebih perlahan untuk lebih kabur dan paling perlahan adalah 1/125s. Ia juga bergantung kepada subjek yang diambil seperti sebuah kereta lumba mungkin memerlukan shutter speed yang lebih pantas daripada penunggang basikal.
3. Tetapkan Shotting mode ke Continuous. Selain mempunyai peluang yang lebih baik untuk menangkap momen penting, juga akan meminimumkan goncangan (shake) kamera semasa menekan butang shutter.
5. Jaga kestabilan kamera dan diri sendiri. Untuk meminimumkan pergerakan menegak dan condong. Mungkin lebih mudah melakukannya dengan menggunakan viewfinder berbanding daripada skrin LCD.
6. Fikirkan komposisi. Jangan hanya letakkan subjek di tengah bingkai. Apabila mengesan subjek, letakkan subjek pada tempat yang sama pada viewfinder atau skrin semasa merakam.
7. Latar belakang mesti kabur. Dengan ini, setiap bahagiannya menjadi tidak begitu penting dalam foto itu. Tetapi warna keseluruhan akan menjadi bahagian penting dalam foto kerana ia akan menjadi bingkai untuk subjek.
8. Perlahankan shutter lebih banyak jika mengambil pada waktu malam. Dengan ini, lampu latar yang kabur dapat menambahkan keadaan drama sebenar pada gambar.
0 comments:
Post a Comment