GANTHIMATHI SELVARAJ

GANTHIMATHI  SELVARAJ
Unit: S5
Major: Bahasa Tamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 80D
Lens : EFS 10 -18mm

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Saya merupakan pelajar dari IPG Kampus Ipoh yang mempelajari kursus FTGK3013.

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI

Hari ini saya telah membuat amali mengambil gambar-gambar produk dengan menggunakan mini studio fotografi yang telah dibina.   Saya telah me...

UNSUR SENI DAN PRINSIP DALAM FOTOGRAFI

 

UNSUR – UNSUR SENI 

 

·        1. GARISAN 

     JG yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk  membawa perhatian pemerhatian pada subjek utama. Garisan juga dapat menimbulkan kesan kedalaman & memperlihatkan gerak pada gambar. Ketika garis-garis digunakan sebagai subjek, gambar menjadi menarik.  Tidak penting sama ada garisan itu lurus, melingkar / melengkung, membawa mata keluar dari gambar (garis-garis menjadi dinamik).
    


       2. RUPA

    Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Ia merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.


3. BENTUK

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.



4. JALINAN 

Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.


5. RUANG

Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.


6. CORAK

Corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lain yang boleh menjadi unsur penarik perhatian utama. Pengulangan itu menimbulkan kesan harmoni dalam gambar. Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati.






0 comments:

Post a Comment