GANTHIMATHI SELVARAJ

GANTHIMATHI  SELVARAJ
Unit: S5
Major: Bahasa Tamil
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 80D
Lens : EFS 10 -18mm

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Saya merupakan pelajar dari IPG Kampus Ipoh yang mempelajari kursus FTGK3013.

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI

Hari ini saya telah membuat amali mengambil gambar-gambar produk dengan menggunakan mini studio fotografi yang telah dibina.   Saya telah me...

Thursday, April 1, 2021

AMALI MINI STUDIO FOTOGRAFI


Hari ini saya telah membuat amali mengambil gambar-gambar produk dengan menggunakan mini studio fotografi yang telah dibina. Saya telah menggunakan kamera Iphone 8 untuk mengambil gambar-gambar tersebut. Berikut merupakan hasilnya.





Ini merupakan mini studio fotografi yang saya sediakan. saya telah menamakan studio ini sebagai "Z-Speed Studio". 


Saya telah menggunakan tema kosmetik bagi menghasilkan gambar ini. 


Hasil - hasil foto :








PROSES MEMBENTUK MINI STUDIO FOTOGRAFI


Hari ini saya telah menghasilkan satu mini studio fotografi yang ringkas dan mudah dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah.  Berikut merupakan proses saya menghasilkan mini studio ini.


Bahan-bahan pembentukan mini studio Fotografi :

1. KOTAK

2. LAMPU SULUH

3. KERTAS A4

4. GAM

5. CUTTER


Proses menghasilkan mini studio fotografi:

Langkah pertama ialah saya telah menyediakan satu kotak yang bersaiz medium. Kemudian, saya telah menampalkan kertas A4 ke dalam kotak supaya membentukkan suasana studio. Setelah itu, saya telah memilih permukaan atas kotak bagi melukiskan bulat berdasarkan saiz touch light. Saya telah memotong bulatan itu ikut saiz dan meletakkan lampu suluh ke atas lubang. Bukan itu sahaja, saya juga meletakkan lagi 2 lampu suluh dari sudut kotak tersebut supaya memberikan cahaya yang mencukupi. Saya juga menutupkan bahagian depan lampu suluh dengan kepingan kertas supaya mengurangkan cahaya yang terlalu banyak. Selepas itu, saya telah menjalankan proses penggambaran dengan alat- alat yang telah disediakan.





















Wednesday, March 3, 2021

SESI PENGGAMBARAN FOTOGRAFI BERTEMAKAN ALAM SEKITAR


Untuk melengkapkan tugasan 2 saya telah merancang satu sesi penggambaran fotografi bertemakan alam sekitar dahulu. Berikut merupakan perancangan saya:

1. Mencari dan membaca maklumat tentang kesedaran alam sekitar.

2. Mencari contoh - contoh gambar mengenai alam sekitar. 

3. Memilih masa dan lokasi untuk sesi penggambaran.

4. Mengambil gambar di lokasi yang ditetapkan.

5. Memilih dua keping gambar yang paling sesuai untuk Tugasan 2.

6. Melakukan post processing bagi gambar yang telah dipilih dengan menggunakan  

    Adobe Photoshop.

7. Mencetak dan membingkaikan gambar dalam saiz 5R dan 8R di kedai foto.

8. Menjalankan pameran.


PELAKSANAAN

Saya memilih masa dan lokasi  yang sesuai untuk pengambilan gambar. Tempat yang saya pilih untuk pengambilan gambar ialah Pantai Morib yang sangat popular di Negeri Selangor dan juga Tasik Taman Banting Baru. Tujuan saya memilih kedua- dua lokasi tersebut adalah untuk mengambil gambar yang sesuai dengan tema tugasaan ini. Saya melaksanakan sesi penggambaran ini pada waktu petang. Berikut adalah hasil penggambaran saya : 


Gambar yang telah diambil di tepi Pantai Morib


                                     Gambar yang telah diambil di Tasik Taman Banting Baru


Namun begitu, dua gambar di atas perlu ditambahbaik dengan melakukan post processing agar kelihatan cantik dan menonjol.  Dalam hal ini, saya menggunakan Adobe Photoshop untuk menyunting gambar saya. 2 keping gambar yang  telah disunting seperti berikut:




Selepas itu, saya mencetak dan membingkaikan gambar dalam saiz 5R dan 8R di sebuah kedai foto. Selepas siap cetakan gambar yang dibingkaikan, pameran akan dijalankan pada 17 Mac 2021 (Jumaat). Segala perancangan yang berkaitan dengan pameran telah saya bincangkan dalam Tugasan 2. 

Thursday, February 18, 2021

KOMPOSISI : FRAMING


 Komposisi keempat yang telah saya belajari pada hari ini adalah framing. Komposisi framing adalah objek diletakkan di tengah bingkai (frame). Bingkai tersebut boleh dilihat secara nyata iaitu dengan menggunakan objek sebagai bingkai atau secara maya iaitu menggunakan daun atau ranting pokok sebagai bingkai.

Berikut merupakan hasil kerja saya.

·         KAMERA: CANON EOS 80D

·         SPEED: 1/1000S

·         APERTURE: F/5.6

·         ISO: 200



KOMPOSISI : PATTERN


Hari ini saya telah belajar komposisi ketiga iaitu pattern. Pattern adalah satu corak yang dihasilkan daripada ulangan motif atau objek yang sama.

Berikut merupakan hasil kerja saya.


·         KAMERA: CANON EOS 80D

·         SPEED: 1/800S

·         APERTURE: F/5.6

·         ISO: 100



Wednesday, February 17, 2021

KOMPOSISI : LEADING LINES


 Komposisi kedua yang saya belajar hari ini adalah leading line. Komposisi leading line ini adalah garis sama ada secara menegak, melintang, serong atau lengkuk. Garis ini boleh dilihat secara nyata atau secara maya.

Berikut merupakan hasil kerja saya.


·         KAMERA : CANON EOS 80D

·         SPEED : 1/1000S

·         APERTURE : F/4.5

·         ISO : 320




Tuesday, February 16, 2021

KOMPOSISI : RULE OF THIRD


 


Hari ini saya telah belajar komposisi asas dalam fotografi. Antaranya saya telah belajar komposisi rule of third. Komposisi rule of third ini adalah skrim kamera yang dibahagikan kepada 9 kotak yang saiz sama besar. Objek atau POI (point of interest) akan diletakkan pada titik persilangan skrin kamera tersebut. Dengan kata lain, objek tersebut tidak akan berada di tengah-tengah foto

Berikut merupakan hasil kerja saya :

·         KAMERA: CANON EOS 80D

·         SPEED: 1/640S

·         APERTURE: F/5.6

·         ISO: 1600




Berdasarkan hasil gambar yang diambil, komposisi ini digunakan untuk mengambil foto yang memokuskan satu objek sahaja supaya ia lebih menonjolkan syarat komposisi rule of third. Shutter speed, aperture dan ISO akan diadjust berdasarkan teknik yang digunakan untuk mengambil gambar objek tersebut.